Wednesday, February 28, 2018

Rembau Most Wanted

Selalu kalau orang cakap pasal Rembau, secara automatiknya lagu hit Rembau Most Wanted daripada Waris akan bermain di fikiran setiap orang Malaysia. Kita boleh lihat betapa kuatnya pengaruh sesuatu lagu yang mampu mengubah persepsi sesebuah masyarakat. Pada asalnya Rembau hanyalah sebuah pekan atau daerah yang tidak terkenal dan tidak bermain di bibir-bibir di masyarakat Malaysia. Tetapi sekarang Rembau sudah menjadi tempat terkenal dan selalu dikunjungi orang ramai ketika musim perayaan. Saya juga merupakan salah seorang penetap di Rembau, jadi saya telah menerima pelbagai jenis sapaan daripada orang lain ketika mereka menanyakan saya menetap di mana. Rembau merupakan satu daerah yang sangat harmoni dan aman damai, hal ini kerana kebanyakkan kawasan di Rembau ialah kawasan kampung. Jadi ia merupakan satu kawasan yang jauh daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Jadi saya merupakan seorang warga Rembau yang bangga. REMBAU MOST WANTED YAW !


Raya pertama keluarga saya di Rembau

Kediaman baru di Rembau, 2015

No comments:

Post a Comment