Wednesday, May 16, 2018

Sekolah Tuanku Abdul Rahman : A Pride


Sekolah Tuanku Abdul Rahman (atau nama ringkasnya STAR) merupakan sebuah sekolah menengah berasrama penuh bantuan kerajaan. Sekolah ini telah dinamakan sempena DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia pertama iaitu Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. Sekolah ini terletak di Ipoh, Perak.

Pada 14 Januari 1957, sekolah ini telah ditubuhkan di tapak kem tentera darat di Baeza Avenue (kini dikenali dengan Jalan Hospital), dan asalnya dikenali dengan Sekolah Menengah Melayu. Pada 2 Januari 1958, tapak sekolah ini berpindah ke tapak sekarang iaitu di Jalan Sultan Azlan Shah (dahulunya dikenali dengan Tiger Lane) di atas tanah seluas 46 ekar. Pada 14 Mei 1958, sekolah ini ditukar nama kepada "Sekolah Tuanku Abdul Rahman" (STAR).

Matlamat utama penubuhan sekolah ini dibina oleh Kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah untuk meningkatkan status pendidikan orang Melayu di Tanah Melayu. Bagi peperiksaan PMR 2012, sekolah ini telah berjaya menghasilkan 80 orang pelajar dengan keputusan semua A dari 113 calon dengan GPS 1.06 dan menjadi sekolah ketiga terbaik di negeri Perak. 


Saya merupakan pelajar STAR Ipoh pada tahun 2010 hingga 2014. Banyak pengalaman yang dapat saya peroleh daripada sekolah yang terkemuka ini. Pahit, manis, suka, duka semua ada, yang pasti kebanyakkannya adalah manis. Pengalaman yang manis apabila bersama rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa dan tunjuk ajar daripada guru-guru, saya berjaya menamatkan sesi persekolahan saya dengan jayanya. 

No comments:

Post a Comment