Sunday, May 20, 2018

Battle of The Band Inter College Arts Festival 2018



Festival Kesenian Inter Kolej atau lebih juga dikenali sebagai ICAF merupakan acara tahunan yang sangat ditunggu tunggu oleh para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat banyak pertandingan yang dipertandingkan, antaranya ialah Monolog, Nyanyian lagu keroncong, Kugiran/Battle of the band, Tarian Kreasi Lagu-Lagu Rakyat dan Nyanyian solo. 

Saya melibatkan diri saya dalam pertandingan Kugiran atau Battle of The Band. Seperti biasa, saya akan bermain drums, dan saya mewakili dua kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba dan Kolej Rahim Kajai. Hal ini demikian kerana, pemain drum Kolej Pendeta Zaaba menarik diri daripada bertanding kerana mempunyai masalah kecemasan. 

Alhamdulillah, Kolej Rahim Kajai iaitu kolej kediaman saya mendapat anugerah Khas Juri dalam persembahan terbaik. Saya berasa amat berbangga dengan pencapaian saya bersama rakan rakan band saya kerana telah mendapat anugerah tersebut. Saya harap dapat beraksi semula pada tahun akan datang. 

bersama drummer Kolej Burhanudin Helmi

Pemenang Anugerh Khas Juri ICAF 2018

Ahli Band Kolej Pendeta Zaaba

No comments:

Post a Comment