Sunday, May 20, 2018

MAGIZ '18

Ahli band saya yang membuat persembahan

Saya telah dijemput untuk melakukan persembahan di MAGIZ'18 pada dua minggu yang lepas. MAGIZ ini merupakan akronim kepada Malam Resepsi Gemilang Zaaba yang berlangsung di DTAMS UKM. Ia merupakan satu acara makan malam tahunan yang sangat gilang gemilang. Kolej Pendeta Zaaba merupakan salah satu kolej yang terbesar di UKM. Jadi pada MAGIZ 18, sambutannya sangat lah meriah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak. Satu penghargaan yang sangat tinggi kepada pengajur MAGIZ 18 kerana mereka telah sedaya upaya menjayakan program ini. Program ini juga mendapat pelbagai penajaan daripada syarikat yang besar. Okay cerita utamanya, saya dijemput untuk membuat persembahan, kebiasaannya saya akan bermain drums. Lagu yang kami persembahkan ialah lagu yang terkenal pada zaman kini iaitu Bunga oleh Masdo dan Mardy Bum oleh Arctic Monkeys. Daripada program ini, saya dapat ramai kenalan baru daripada Kolej Pendeta Zaaba. Hal ini kerana saya merupakan penghuni Kolej Rahim Kajai dan kedudukan antara KRK dan KPZ amatlah jauh, dan susah saya untuk mempunyai kenalan di kolej sana. 

No comments:

Post a Comment