Thursday, May 17, 2018

Music Journey : Dont Stop Believing


Salah satu detik indah didalam diri saya sepanjang saya hidup apabila pasukan orkestra saya iaitu STARWINDS Orchestra di umum sebagai juara di dalam pertandingan Wind Orchestra Competition 2014 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Berasrama Penuh, yang berlangsung di UiTM Shah Alam. STARWINDS Orchestra merupakan satu persatuan yang aktif di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, dan band ini dikenali dan sentiasa menjadi sebut-sebutan band di SBP yang lain seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri, Kolej Tunku Kursiah dan sebagainya. Jadi dapat menjadi ahli band ini merupakan satu kebanggaan buat diri saya. Ketika itu, saya memainkan peranan sebagai ketua seksyen perkusi yang terdiri daripada snare drum, bass drum, cymbals, mallet percussion dan sebagainya. Saya sentiasa bersama rakan seperjuangan saya iaitu Hafizul Hakimi, Hafizul Hakimi merupakan ketua seksyen bagi Mallet Percussion, beliau sangat mahir mengenai perkusi dan mempunyai sifat yang sangat berkaliber ketika melakukan persembahan. Saya sangat menyayangi semua ahli band ini kerana mereka diibaratkan keluarga saya yang kedua. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa berada di sisi saya ketika susah dan senang di zaman persekolahan. 

No comments:

Post a Comment